Penyakit AIDS ini berpunca daripada beberapa faktor.Beberapa laporan
tentang penyakit ini ditemui dalam kalangan lelaki homoseksual dan penagih
dadah yang menggunakan suntikan.Penerima darah dan pasangan seks atau anak-anak
kumpulan ini juga didapati menghidap penyakit yang sama iaitu pendatang dari
kepulauan Haiti,pesakit hemofilia(sejenis penyakit keturunan yang semula jadi
membunuh sel darah).Hubungan seks dan pemindahan darah dengan orang-orang yang
dijangkiti penyakit ini turut menyebabkan ianya merebak kepada orang
lain.Beberapa agen mikrob telah ditemui dan dianggap sebagai penyebab kepada
penyakit ini.
Punca jangkitan yang menyebabkan penyakit ini semakin menular di antara lainnya ialah homoseksual,penggunaan dadah yang menyuntik(IDU) iaitu secara pengkongsian,perlakuan heterosekual,industri darah yang telah tercemar dengan penyakit ini dan juga aktiviti seks yang dilakukan secara rambang iaitu seks dengan lebih daripada satu pasangan yang kerap diamalkan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap pasangan tersebut.Mereka hanya mementingkan kenikmatan semata-mata tanpa menghiraukan kesan jangka panjang yang akan berlaku terhadap mereka.
Faktor dominan yang
menyebabkan penyakit AIDS berleluasa ialah kekurangan kesedaran tentang bahaya
penyakit AIDS dan kurang mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Golongan yang
kurang berakhlak mengamalkan pergaulan seks bebas iaitu melakukan hubungan seks
dengan ramai orang tanpa memikirkan kesudahannya. Selain itu, mereka juga
melakukan hubungan seks dengan orang yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan
yang sah. Misalnya, kegiatan pelacuran dan homoseksual telahpun menjadi gejala
sosial yang tidak bermoral. Akibat daripada amalan-amalan tersebut, penyakit
AIDS dapat merebak secara meluas kerana virus HIV akan dijangkiti melalui
hubungan seks yang tidak terkawal. Jika seseorang pembawa HIV, maka sesiapa
yang melakukan hubungan seks dengannya akan terdedah kepada bahaya HIV dan
kadar jangkitan terhadap penyakit tersebut adalah tinggi.
Selain itu, penyakit HIV
boleh merebak melalui perkongsian jarum suntikan yang sudah dicemar oleh darah
pembawa HIV. Kejadian tersebut berlaku terutama dalam kalangan penagih dadah
yang kekurangan wang untuk membeli jarum suntikan baru daripada pembekal dadah.
Oleh hal yang demikian, mereka terpaksa berkongsi jarum dengan penagih dadah
yang lain. Jadi, mereka mudah terdedah kepada risiko dijangkiti HIV. Darah yang
mengandungi HIV akan dipindahkan ke tubuh orang lain melalui perkongsian jarum
suntikan. Mereka hanya mementingkan kenikmatan semata-mata tanpa menghiraukan
kesan jangka panjang yang akan berlaku terhadap mereka. Oleh itu, hampir 60
peratus daripada jumlah penjangkit AIDS atau pembawa virus HIV terdiri daripada
golongan penagih dadah.
Seterusnya, kekurangan pengetahuan tentang penyakit AIDS juga menyumbang kepada peningkatan bilangan pesakit AIDS. Rakyat seharusnya dibekalkan informasi tentang penyakit AIDS supaya menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan pemeriksaan darah secepat mungkin. Tindakan ini adalah untuk mengetahui sama ada mereka ialah pembawa HIV yang berkemungkinan besar akan menyebarkan virus tersebut melalui hubungan seks rambang, pemindahan darah, ataupun melalui penyusuan ibu kepada anak. Jelaslah kepada kita betapa pentingnya bagi rakyat menyedari tentang bahaya penyakit AIDS yang bukan sahaja memudaratkan kesihatan tetapi boleh juga mengancam nyawa seseorang.